Pages

Monday, March 1, 2010

Ahlan Wasahlan Wamarhaban

Rumah teres 1 tingkat di Taman Nilam Baiduri, Kulim, Kedah.
3 bilik tidur, 2 bilik air

Perabot serta kemudahan yang lengkap :
Sistem penghawa dingin di bilik tidur utama & ruang tamu
2 katil queen size
1 katil single
3 unit almari baju
1 unit seterika dan papan seterika
5 unit kipas siling ( di ruang tamu, ruang makan & setiap bilik )
1 set tv
1 set sofa
1 set meja makan
1 peti sejuk
Ruang dapur termasuk kemudahan memasak ( dapur gas, periuk, belanga, pinggan, cawan dll )

Azfa Homestay terletak di lokasi yang strategik :
- 1.0km dari Kulim Hi-Tech Park
- 4.0km dari Hospital Kulim
- 5.0km dari Politeknik Sultanah Bahiyah / UniKL
- 3.5km dari Lebuhraya Kulim-Butterworth ( BKE )
- 25.5km dari Sedim Tree Top Walk

Azfa Homestay sentiasa mengalu-alukan para tetamu dari jauh yang datang ke Kulim untuk pelbagai urusan :
- Walimatul Urus ( penginapan rombongan merisik, meminang,pengantin dll )
- Urusan Kerjaya ( Temuduga/kursus/latihan di sekitar Kulim Hi-Tech )
- Menghantar anak/saudara menyambung pengajian di sekitar Kulim
- Urusan perniagaan,ziarah keluarga dll

Alamat Azfa Homestay :
No. 243, Lorong Nilam 6/1
Taman Nilam Baiduri
09000 Kulim
Kedah

Untuk melihat lokasi kami, sila layari Google Maps ( http://maps.google.com/ ) search for Azfa Homestay

Destinasi Utama Para Tetamu Yang Menginap Di Azfa Homestay

Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah
Hampir saban minggu Azfa Homestay menerima kunjungan tetamu dari jauh yang ingin berurusan di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah ini. Ada yang mahu menziarahi anak mereka, menghantar ahli keluarga mendaftar diri, tidak ketinggalan juga Azfa Homestay sering dihujani panggilan telefon untuk membuat tempahan bagi meraikan kejayaan anak-anak mereka semasa Majlis Konvokesyen berlangsung. Jarak antara politeknik ini dengan Azfa Homestay adalah lebih kurang 5 kilometer ( hanya mengambil masa lebih kurang 5-6 minit jika jalan tidak sesak ).


UniKL - Malaysian Spanish Institute
Universiti yang dimiliki oleh MARA ini terletak betul-betul bertentangan ( seberang jalan ) dengan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah. Sekiranya anda mempunyai urusan di sini dan memerlukan tempat penginapan, sudi-sudikanlah menghubungi Azfa Homestay ...



Hospital Kulim
Jaraknya lebih kurang 4 kilometer dari Azfa Homestay. Sekiranya anda ingin menziarahi sanak-saudara atau rakan-taulan yang sedang menerima rawatan di hospital ini dan memerlukan tempat untuk beristirehat, silalah menghubungi Azfa Homestay.


 Kulim Hi-Tech Park ( KHTP )
Telah dibuka dengan rasminya pada tahun 1996, KHTP merupakan taman perindustrian berteknologi tinggi yang pertama di Malaysia dengan keluasan lebih 1450 hektar. Pintu masuk ke Fasa 3 KHTP ( Kilang First Solar ) cuma lebih kurang 1 Km jaraknya dari Azfa Homestay.